Assalamualaikum !
Salam Jumaat :)
Di manakah level kita semua wahai Wanita ?
"Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
# Yea aku pernah lalui level 2 3 4 5 6 tu. Alhamdulillah going to level 7. Hidayah tu boleh datang dari pelbagai keadaan sekalipun. Samada kita sedar atau tak. Kita nak terima atau tak je. Sejak nak ke level 7 tu, memang banyak dugaan. Macam macam orang kata. Rasa down pun ada jugak. Tp, aku tak salahkan sesiapa. Apa yang penting kita kena kuat. Iman kita kena kuat. Untuk buat kebaikan memang perlukan pengorbanan dan kekuatan :)
Aku pernah dengar ada ulama kata... "Nak dapat jodoh baik, kita sendiri perlulah jadi yang terbaik." Macam tu la katanya. Betul tu. Kita sendiri kena jadi baik. Luar dan dalam kena baik.
Sesiapa yang belum menutup aurat dengan sepenuhnya, kita janganlah dok kutuk dorang. Kita pun pernah lalui perkara yang sama. Kita doa dan jadikan diri kita sendiri sebagai role model. In Shaa Allah, Mereka akan terbuka hati untuk ke jalan yang diredhai Allah S.W.T :)
No comments:
Post a Comment