Friday, November 30, 2012

Di manakah Level Kita ?


Assalamualaikum !

Salam Jumaat :)

Di manakah level kita semua wahai Wanita ?

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


# Yea aku pernah lalui level 2 3 4 5 6 tu. Alhamdulillah going to level 7. Hidayah tu boleh datang dari pelbagai keadaan sekalipun. Samada kita sedar atau tak. Kita nak terima atau tak je. Sejak nak ke level 7 tu, memang banyak dugaan. Macam macam orang kata. Rasa down pun ada jugak. Tp, aku tak salahkan sesiapa. Apa yang penting kita kena kuat. Iman kita kena kuat. Untuk buat kebaikan memang perlukan pengorbanan dan kekuatan :)

Aku pernah dengar ada ulama kata... "Nak dapat jodoh baik, kita sendiri perlulah jadi yang terbaik." Macam tu la katanya. Betul tu. Kita sendiri kena jadi baik. Luar dan dalam kena baik. 

Sesiapa yang belum menutup aurat dengan sepenuhnya, kita janganlah dok kutuk dorang. Kita pun pernah lalui perkara yang sama. Kita doa dan jadikan diri kita sendiri sebagai role model. In Shaa Allah, Mereka akan terbuka hati untuk ke jalan yang diredhai Allah S.W.T :)

Sunday, November 18, 2012

UUM Kedah -> Padang Besar Perlis)


Chuping-Perlis

Assalamualaikum ! :)

Amacam result hari tuu ?? Okay ?? Alhamdulillah.. Okay je.. Tp, still xmemuaskan.. Tapi, aku da cuba buat sedaya upaya yang aku mampu..
Haa ! cek nak share story nie.. Hari tu cek pi Kedah.. Berjimba kat situ.. Haha.. Cek menyelinap dan menjadi PATI di UUM.. kahkahkah.. aku follow akak aku duk hostel dia.. dia cakap nak bawak cek pi jalan2 kat Kedah and pi Padang Besaq kat perlis tu =p (awat aku cakap Kedah nie --'')
Gambar di bawah akan menceritakan segala gala galanya ! haha.. Awesome !

 Aku naik bus nie. Tempat sit dia best. Exclusive.
Bus nie hantar terus masuk UUM. Gerak pukul 10 malam then 
sampai UUM pukul 5 pagi macam tu.

 Dalam pukul 1 tu bus nie berenti kat Bukit Gantang. 
Turun sat beli air mineral ngan buang air kecil :p
Make sure turun bus tu ingat number plat bus ye. Karang terlupa xpasai 
nangis kat situ.. Xmau macam tu ye

Yeay ! ladang rusa. Aku stay kat UUM adalah dalam seminggu. 
Hanya jalan dalam UUM je. Best. Besar tempat nie. Macam2 ada

Antara tempat yang aku pergi. Tempat golf, kayak, berbasikal,
 gym, go cart, swimming pool and bla bla bla

Nie track. Aku jogging kat sini. Petang ramai orang bersukan and beriadah.
Tapi, most of them lelaki. Perempuan xramai aku tengok. 
Dorang malas kowt. *mungkin -__-

Wall climbing. Antara aktiviti yang aku tak pernah buat sebelum nie.
Tapi, aku ngan akak aku dapat panjat separuh je. Sebabnya gayat. haha

Time nie excited dah nak pergi main go cart nie.. 
Alih2 tengok ramai kat situ. Siap beratur da haa..
*kempunan :'(

Padang Besar ! Mula2 aku ingat padang besar nie kat Kedah. Rupa2nya kat Perlis. 
Hanya 1 jam untuk sampai kat tempat nie. Sangat best. Barang pun murah.

Barang yang aku beli limau bali, sabun dari Thailand,
kacang and barang untuk bisnes.

Yeay! i'hve got new handbag. Sebenarnya xnak beli. Tapi, akak paksa
suruh beli jugak. Soo, beli je lahh.

Sebelum gerak balik UUM pi solat Asar jap.
Otw balik dari Padang Besar tu ada masjid.

Haa! ini la Chuping. Tempat orang buat gula. Alaa.. gula pasir yang kita wat minuman tu.
Lapang gler tempat nie. Besar. Kat tepi jalan sebelum sampai Padang Besar tu. 
After that beli tiket untuk balik esok. Makan2, then balik UUM terus siap2 packing barang.

Selamat Tinggal Kedah. Have a great journey and day. Thank Kak Kema.
Dari UUM nak ke Changlun hampir 30 minit. Aku naik bus pun area2 situ..
Bus pukul 10 pagi. Sampai Hentian Kajang pukul 6 petang.

# Next year nak wat passport. Nak pi Danok pulak.. Usha2 barang. Kowt2 leh wat bisnes ke :)

Wednesday, November 7, 2012

GO GO Genting !!

Assalamualaikum!

Go go Genting! sapa pernah pergi genting, angkat tangan cepat??! SAYA! SAYA! SAYA! alamak.! nampaknya aku sorang je la yang tak pernah pergi lagi.. kehkehkeh.. Hari nie tiba tiba plak gatai tangan g google pasal genting highlands..

Then, aku ternampak link nie click sini sini ! .. aku pun click laa.. 



Tiket dari Hentian Kajang ke Genting :
(click untuk tumbesaran)




Tiket dari KL Sentral ke Genting :
(click untuk tumbesaran)


Okay! Selepas di kaji tambah tolak darab bahagi.. Better kita naik dari KL Sentral.. Why yaa??? Sebabnya.. Beza harga adalah RM 0.60.. ahaa! Camnie.. Tiket nak ke KL Sentral dari Kajang adalah RM 2.80 x 2 (pergi balik).. Tiket Genting RM 58 + Tiket pergi balik KTM RM 5.60 = RM 63.60 (total)

Soo, xde beza banyak sangat pun.. Lagi elok naik dari KL Sentral sebab terminal schedule dia banyak.. Kita boleh pilih.. Sapa rumah yang dekat Hentian Kajang.. Naik je lahh dari Hentian Kajang yee :)

InsyAllah.. Klau ada kelapangan waktu boleh laa aku pergi dengan kawan kawan.. Tak sabarnye ! :D

Tuesday, November 6, 2012

Aku Mahu Kahwin !!



Assalamualaikum!

Opss! maaf.. bukan aku yang nak kahwin..Tp, kalau jodoh dah sampai InsyAllah kahwin :D

Haa! nie ada petua sikit.. Cara nak simpan duit untuk kahwin nanty.. Soo, jangan la bagi reason duit xde sebab tu tak nak kahwin.. No No No okay! :)



CARA-CARANYA :- 


1. Simpan RM250.00 setiap bulan.


2. Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.
(RM250 x 36 bulan = RM9,000)


Jika Tidak Mencukupi:


Kongsi dengan bakal isteri.,Setiap orang simpan RM250.00 setiap bulan.
(RM250.00 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)


Jika Masih Tidak Mencukupi:


Gandakan nilai simpanan anda berdua: RM 500.00 setiap bulan x 2 orang
(RM500.00 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000)


Cara Bajet:


a) RM10,000 : Kenduri belah perempuan (Bajet Ekonomi)
b) RM20,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki (Bajet Ekonomi)
c) RM38,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki (Bajet Sederhana Tinggi)


#Usaha tangga kejayaan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. :)



SOURCES : Page Suami Isteri Bahagia(FB)